Kuah Lodeh

Kuah Lodeh
50 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Kuah Lodeh diperbuat daripada rebusan sayuran berasaskan santan beraroma dengan kuah berkrim dan sayur-sayuran segar, paling sesuai dinikmati bersama nasi impit. Kepelbagaian dan rasa yang kaya menjadikannya hidangan kegemaran Malaysia untuk hidangan harian serta majlis-majlis perayaan.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
420.0 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
24.9 g
Protein
Protein
22.8 g
Fat
Fat
25.5 g
Sodium
Sodium
1094.3 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

3 sudu besar Minyak masak
5 cawan Air
100 g Kubis, dipotong kecil
100 g Lobak merah, dipotong memanjang
100 g Kacang panjang, potong 2 cm
25 ekor Udang saiz sederhana
1 helai Fucuk (tauhu kering), direndam
250 ml Santan
40 g Suhun, direndam
1 keping Tempe, dipotong dan digoreng
2 biji Tauhu keras, dipotong dan digoreng
1 sudu besar AJI-NO-MOTO®
1½ sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Serbuk kunyit (jika perlu)

 

Bahan-bahan B: kisar halus

1 biji Bawang Holland
5 ulas Bawang putih
2 inci Halia
3 inci Kunyit hidup
5 tangkai Cili kering, direbus
10 g Udang kering
Sedikit Air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan kobis, lobak merah, kacang panjang, udang, fucuk dan santan. Rebus sehingga sayur hampir masak.
  4. Masukkan suhun, tempe goreng dan tauhu goreng.
  5. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam. Kacau hingga sebati dan sedia untuk dihidang

Petua:

  • Dihidangkan bersama nasi impit, telur rebus dan sambal tumis untuk kenikmatan unggul.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 16% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg