Lala Kam Heong

Lala Kam Heong
30 minit
recipe-cook-time
6 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Kam Heong” ialah gaya tumis khas Malaysia yang terkenal dengan haruman yang dihasilkan semasa proses memasak, justeru ia juga diterjemahkan sebagai “Wangian Emas” dalam bahasa Inggeris.

Kam Heong Lala memberikan rasa unik yang menggabungkan bahan-bahan dari masakan Melayu, Cina dan India untuk menghasilkan salah satu cita rasa mengecurkan selera.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
106.2 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
9.6 g
Protein
Protein
13.1 g
Fat
Fat
1.67 g
Sodium
Sodium
812.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan:

Sedikit Minyak masak
4 tangkai Cili kering
2 tangkai Daun kari
3 helai Daun limau purut
3 sudu besar Pes cili
1 sudu besar Rempah kari ikan
1 sudu besar Gula
1 sudu besar Sos tiram
1 sudu kecil Kicap pekat
1 cawan Air
1 ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO
3/4 sudu kecil Salt
600 g Lala, dibasuh bersih
Sedikit Hirisan lobak merah, hiasan
Sedikit Hirisan cili merah, hiasan
Sedikit Hirisan daun bawang, hiasan

 

Bahan-bahan A: dikisar

1 biji Bawang besar
5 ulas Bawang putih
2 inci Halia
4 batang Serai
1/2 cawan Air

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bahan kisar (A), cili kering, daun kari dan daun limau purut hingga naik bau.
  2. Masukkan pes cili, serbuk kari ikan, gula, sos tiram dan kicap. Tumis selama 3 minit atau sehingga pes masak kering.
  3. Masukkan air dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  4. Masukkan lala dan gaul hingga sebati. Taburkan sedikit lobak merah, cili merah dan daun bawang sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 11% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg