Manisan Beras Pulut Hitam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Manisan Beras Pulut Hitam

Bahan-bahan:
50 g | Longan kering |
100 g | Gula Melaka |
100 ml | Santan pekat |
Secubit | Garam |
Secukup | Pemanis Pal Sweet®, ikut citarasa |
Bahan-bahan A:
200 g | Kacang merah |
100 g | Beras pulut hitam |
4 liter | Air |
2 – 3 helai | Daun pandan |

1.
Masukkan ke semua bahan-bahan (A) ke dalam periuk tekanan tinggi dan masak selama ½ jam. Jika menggunakan periuk ‘slow cooker’, masak selama 3 jam.
2.
Setelah kacang dan beras masak keseluruhannya dan menjadi bubur, masukkan longan kering dan gula Melaka. Tuangkan sedikit air jika bubur terlalu pekat.
3.
Gaul rata santan, garam dan Pemanis Pal Sweet®.
4.
Sedia dihidang bersama campuran santan.
Disqus comment