Murabyan (Udang ala Abu Dhabi)


5 orang

Murabyan (Udang ala Abu Dhabi)

500 g | Udang sedang |
1 sudu besar | Tepung Berperisa SERI-AJI® (Pedas) |
2 sudu besar | Minyak zaitun |
2 sudu besar | Mentega |
1 labu | Bawang besar, dicincang |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ sudu besar | Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis SERI-AJI® |
100-150 ml | Air |
Secukupnya | Lada Berperisa AJI-SHIO® |
2 sudu besar | Daun ketumbar, cincang |
1-2 sudu besar | Jus lemon |

- Gaul udang dengan Tepung Berperisa SERI-AJI® (Pedas).
- Panaskan minyak zaitun dan mentega, tumis bawang besar.
- Bila keperangan, masukkan bawang putih, kacau 1 minit.
- Masukkan udang dan Perencah Nasi Goreng Perisa Ikan Bilis SERI-AJI®, kacau sekata. Masukkan air dan kacau seketika.
- Bila udang masak, masukkan Lada Berperisa AJI-SHIO®, daun ketumbar dan jus lemon.






