Nasi Impit Kuah Kacang

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

5 Hidangan

Nasi Impit Kuah Kacang

BAHAN-BAHAN KUAH KACANG:
3 cawan | Kacang Tanah (ditumbuk) |
¾ cawan | Asam Jawa (Asam Jawa dicampur dengan Kacang Tanah dan perap untuk air) |
3 cawan | Air |
2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami (Penambah Perisa) |
Secukup | Garam |
3 ketul | Gula Melaka |
½ cawan | Minyak |
BAHAN-BAHAN DITUMIS (A):
2 batang | Serai (ditumbuk) |
4 sudu besar | Cili Boh |
BLENDED INGREDIENT (B):
40 g | Udang Kering (direndam dengan air panas selama 10 minit) |
15 biji | Bawang Merah |
5 ulas | Bawang Putih |
4 batang | Serai |
1 sudu kecil | Serbuk Ketumbar |
3 cm | Lengkuas |
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumiskan Bahan A dan B.
- Goreng sehingga pecah minyak.
- 3. Masukkan kacang dan gaul rata.
- Tambah air asam jawa, gula Melaka, garam dan AJI-NO-MOTO® Perencah Umami (Penambah Perisa).
- 5. Masak dengan api sederhana sehingga pekat. Hidangkan dengan nasi impit atau sate ayam.
BAHAN-BAHAN NASI IMPIT:
15 cawan | Air |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® Perencah Umami (Penambah Perisa) |
3 bungkus kecil | Beras Impit |
CARA MEMASAK:
- Campur semua bahan dalam periuk dan masak selama satu jam.
- Keluarkan nasi impit dari periuk dan sejukkan.
- Potong dan hidangkan dengan kuah kacang.
Disqus comment