Pencuci Mulut Buah Labu dengan Akar Teratai

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi


Menggabungkan rasa manis labu yang unik, bau halia yang pedas dan wangi serta daun pandan yang segar, setiap suapan sajian ini dinikmati sepenuhnya. Garam Halus Beriodin AJI-SHIO® dan Pemanis Berkalori Rendah Pal Sweet® membuatkan rasa akar teratai begitu enak sekali.

Bahan-bahan:
250 g | Buah labu, dihiris |
120 g | Akar teratai, dihiris bulat |
30 g | Halia, dihiris |
1 sudu besar | Minyak masak |
250 ml | Air |
3 helai | Daun pandan, dibuat satu ikatan |
½ sudu teh | Garam |
5 g | Gula Melaka |
3 pkt kecil | Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® |

1.
Goreng-celup hirisan buah labu dan akar teratai selama 3 – 5 minit hingga masak sepenuhnya. Angkat dan ketepikan.
2.
Panaskan minyak dan goreng halia hingga naik bau. Tuangkan air dan tambahkan daun pandan, gula Melaka dan garam. Biar mereneh 5 – 10 minit.
3.
Masukkan akar teratai dan reneh selama 4 – 5 minit. Tambah masuk buah labu dan reneh buat seketika. Padam api dan taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®. Kacau sebati, angkat dan hidang manisan serta-merta.
Disqus comment