Anda sudah menjadi ahli?

Jadilah ahli kelab
yang menyeronokkan ini
untuk lebih banyak tip
masakan dan aktiviti PERCUMA

hubungi-kami

Popiah Udang Vietnam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Pal Sweet® Seri-Aji® Seasoned Flour (Original)
Ajinomoto Malaysia
Keterangan Resipi

Popiah Udang Vietnam

Bahan-bahan
Bahan-bahan:
250 g Udang, dipotong kepada 0.5 sm ataupun dihiris
3 sudu besar Tepung Gorengan SERI-AJI®
2 sudu besar Minyak masak
Secukup Garam
30 g Suhoon
Secukup Daun salad
100 g Kertas beras (lebar 16 sm)
20 helai Daun pudina, dipotong halus
10 tangkai Daun kuchai, dipotong halus
Bahan-bahan A: sos
2/3 cawan Air
3-4 sudu besar Cuka
2 biji Cili merah, dipotong halus
4 sudu besar Kacang tanah panggang, dipotong halus
3 sudu besar Jus lemon
Secukup Lada Berperisa AJI-SHIO®
Secukup Garam
2-3 peket Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
Cara Menyediakan
  1. Campur-gaul udang dengan Tepung Gorengan SERI-AJI®. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak. Tambah garam hingga cukup rasa. Angkat and biar menyejuk.
  3. Rendam suhoon di dalam air panas selama 5 minit. Toskan air dan potong menjadi pendek.
  4. Celupkan setiap keping kertas beras di dalam air hingga lembut. Kemudian pindah ke atas pinggan.
  5. Letak sehelai daun salad di atas kertas beras. Tambah 1 sudu besar suhun, daun pudina, daun kuchai dan campuran udang. Gulung secara kemas.
  6. Susun popiah di dalam bekas bertudung supaya tidak menjadi kering.
  7. Untuk menyediakan sos, satukan semua bahan sos (A) dan gaul sekata.
Kembali ke Senarai Resipi
Ajinomoto Product