Puff Segitiga Berinti Ayam Pedas

Puff Segitiga Berinti Ayam Pedas
Description
Keterangan Resipi

Sajian yang rangup berisi inti enak, membuatkan anda terliur dengan percikan inti semasa disantap. Anda mesti tidak dapat melupakan rasa lazat yang dibawa oleh Perencah Pati Ayam TUMIX®.

Doh
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

120 g Tepung gandum
40 ml Air
30 g Lelemak shortening
sudu teh Gula

Bahan-bahan B:

50 g Marjerin
80 g Tepung gandum

Bahan pengilat:

1 biji Kuning telur, dipukul dengan sedikit air
Method
Cara Menyediakan
  1. Campur-gaul bahan-bahan (A) dalam satu mangkuk sehingga menjadi doh. Biarkan selama 15 minit.
  2. Satukan bahan-bahan (B) sehingga sebati.
  3. Potong doh (A) dan doh (B) kepada bahagian yang sama. Balut doh (B) dengan doh (A) (sila lihat demonstrasi untuk langkah-langkah seterusnya).
  4. Selepas itu, leperkan doh campuran dan letak 1 sudu besar inti di tengah-tengah. Picit doh untuk tutup bahagian terbuka.
  5. Pindahkan puff ke dalam loyang yang dilenser dengan minyak. Sapukan pengilat dan tabur sedikit bijan.
  6. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada 200° C selama 15-20 minit atau hingga perang-keemasan.
Bahan-bahan inti
Ingredients
Bahan-bahan
150 g Dada ayam, dipotong dadu
1 kuntum Cendawan Cina, direndam dan dipotong dadu
50 g Bawang besar, dipotong dadu
150 ml Air
50 g Sengkuang, dipotong halus
1 sudu besar Minyak bijan
1 ulas Bawang putih, dicincang

Bahan-bahan perencah

1 sudu besar Sos tiram
¼ sudu teh Garam
¼ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
1 sudu teh Serbuk kari daging
1 sudu teh Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu besar/secukup Gula
¼ sudu teh Kicap pekat
1 sudu besar Tepung ubi kayu
Method
Cara Menyediakan
  1. Perap ayam dan cendawan dengan sos tiram, garam, Lada Berperisa AJI-SHIO® dan serbuk kari sekurang-kurangnya selama 20 minit.
  2. Panaskan minyak bijan, kacau-goreng bawang putih seketika. Tambah masuk sengkuang, kacau sebati. Tuangkan air dan reneh hingga sengkuang hampir lembut.
  3. Masukkan campuran ayam dan bawang besar. Kacau-goreng seketika.
  4. Kacau masuk gula, Perencah Pati Ayam TUMIX® dan kicap pekat. Taburkan secukupnya air untuk melembabkan campuran. Masak hingga ayam lembut dan akhir sekali, masukkan tepung ubi kayu untuk memekatkan inti.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg