Resepi Ayam Kong Poh

45 minit

5 Hidangan

Resepi Ayam Kung Pao adalah hidangan Sichuan klasik yang dimasak dengan ayam yang dipotong berbentuk kiub, kacang tanah, sayur-sayuran, dan cili.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
184.0 kcal

Carbohydrate
52.0 g

Protein
23.0 g

Fat
77.0 g

Sodium
286.0 mg

500 g | Ayam, dipotong kecil |
Secukupnya | Minyak Masak |
2 tangkai | Cili kering, potong panjang 1 inci dan dibuang biji |
2-3 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ | Bawang besar, potong baji |
Sedikit | Air |
5 tangkai | Daun bawang, potong panjang 1 inci |
Bahan-bahan A: bahan perap
½ sudu kecil | Serbuk lada sulah |
1 sudu kecil | Minyak bijan |
Secubit | Garam |
1 biji | Telur |
½ sudu besar | Tepung jagung |
Bahan-bahan B: bahan perasa
1 sudu kecil | Gula |
½ sudu kecil | Minyak bijan |
1/8 sudu kecil | Serbuk lada sulah |
1 sudu kecil | Sos tiram |
¾ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu kecil | Sos plum |
½ sudu kecil | Kicap pekat |
1 sudu kecil | Sos tomato |
1 sudu kecil | Sos LP |

- Perap ayam bersama bahan-bahan (A) selama 30 minit.
- Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam di dalam minyak penuh, ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain, tumis cili kering dan bawang putih.
- Masukkan bawang besar, air dan bahan perasa (B), kacau selalu.
- Masukkan ayam dan daun bawang, kacau rata.
- Keluarkan dan dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 15% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


