Resepi Bebola Udang Emas

20 minit

5 Hidangan


Resipi Bebola Udang yang terbaik untuk dihidangkan ketika perayaan Tahun Baru Cina.

Bahan-bahan: Udang
12 ekor | Udang |
1/4 sudu kecil | Garam |
1/4 sudu kecil | Serbuk lada hitam |
Bahan-bahan: Adunan Ubi Kentang
4 biji | Kentang |
1/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO |
1/4 sudu kecil | Garam |
1/4 sudu kecil | Serbuk lada hitam |
Bahan-bahan: Salutan
1/2 cawan | Tepung serbaguna |
2 biji | Telur |
1/2 cawan | Serbuk roti |
Bahan-bahan: Hiasan
Rumpai laut panggang | |
Mayonis | |
Sos tomato |

- Perap Udang:
- Bersihkan udang dan kupas kulitnya.
- Perap udang dengan garam dan serbuk lada putih selama 20 minit
- Sediakan Adunan Ubi Kentang:
- Kupas kulit ubi kentang dan potong dengan saiz yang kecil.
- Didihkan air dalam periuk, masukkan kentang dan rebus selama 25 minit. Toskan kentang, letakkan kentang ke dalam mangkuk besar dan tumbuk kentang.
- Masukkan AJI-NO-MOTO®, serbuk lada hitam dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kentang kepada 12 bahagian dan jadikan sebagai bebola kentang.
- Leperkan bebola kentang dan masukkan seekor udang ke dalamnya. Bungkus udang dan gulungkan kentang menjadi bentuk bulat.
- Salutkan bebola udang dengan tepung serba guna, telur dan serbuk roti.
- Panaskan minyak dalam periuk, goreng bebola udang sehingga kedua-dua belah kekuningan.
- Hiasan:
- Potong rumpai laut panggang menjadi bentuk mata dan mulut.
- Sapukan sedikit mayonis pada bebola udang emas untuk melekat rumpai laut panggang.
- Gunakan sos tomato untuk melukis pipi.
- Nikmati golden prawn ball yang enak.


