Resepi Kari Jepun

Resepi Kari Jepun
Description
Keterangan Resipi

Resepi Kari Jepun yang lazat ini dibuat dengan campuran kepingan ayam, lobak merah dan kentang yang dimasak hingga lembut didalam sos kari yang sedap.

Ingredients
Bahan-bahan

Bahan Roux:

50 gm Mentega
30 gm Tepung gandum
1 sudu besar Sos tomato
1 sudu besar Sos Lea & Perrins
Secukup Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®

Bahan Kari:

2 sudu teh Minyak
2 labu Bawang besar (putih), didadu
500 gm Paha ayam, dibuang tulang & potong 2cm
1½ sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 batang Lobak merah, dipotong
600 ml Air
1 biji Ubi kentang, dipotong
1biji Epal, dikupas & dipuri
Sedikit Garam secukupnya
1 sudu besar Garam masala
80 gm Pis
Sedikit Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet® secukupnya
Method
Cara Menyediakan
  1. Goreng bawang dalam minyak panas hingga keemasan.
  2. Kuatkan api, masukkan ayam dan goreng keperangan.
  3. Masukkan Perencah Pati Ayam TUMIX®, lobak merah dan air. Bila mendidih, perlahankan api.
  4. Bubuh ubi kentang, epal, garam dan garam masala.
  5. Renihkan hingga ayam masak, lobak dan kentang empuk.
  6. Untuk roux, cairkan mentega kemudian masukkan tepung, sos tomato, sos Lea & Perrins dan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®.
  7. Campurkan 2 cawan kuah ayam ke dalam roux, kacau rata.
  8. Tuangkan ke dalam periuk semula dan kacau hingga pekat.
  9. Akhir sekali masukkan pis dan kacau rata. Padamkan api dan tambah Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg