Resepi Kentang Goreng Rangup

Kentang Goreng Rangup
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Dengan menggunakan resepi berikut, anda dapat menghasilkan Kentang Goreng Rangup di rumah dengan mudah kerana langkah penyediaannya yang ringkas. Lembut di dalam, rangup diluar. Resepi Kentang Goreng Rangup ini pasti menjadi hidangan snek kegemaran seisi keluarga.

Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Jus Lemon / cuka
2 cawan Susu rendah lemak
2 biji Kentang russet, dipotong baji
Secukupnya Minyak masak

Bahan-bahan A: Perapan

1 biji Telur
¾ sudu kecil Garam
3 sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
1 sudu besar Mustard Kering
1 sudu besar AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa

Bahan-bahan B: Salutan

2 ½ cawan Tepung Gandum
½ cawan Tepung Jagung
¼ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Serbuk Bawang Putih
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa
Method
Cara Menyediakan
  1. Campurkan jus lemon dan susu rendah lemak, biarkan selama 10 minit sehingga menjadi dadih. Ketepikan.
  2. Campurkan kesemua bahan (A) bersama dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan 2 ½ cup dadih, gaul hingga sebati.
  3. Perapkan kentang bersama campuran (A) selama 20 minit.
  4. Campurkan kesemua bahan (B) bersama dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, gaul rata.
  5. Salutkan kentang dengan campuaran (B), gorengkan kentang sehingga garing.
  6. Hidangkan dengan Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®
Method
Tips

Tujuan dadih adalah untuk memberi rasa kelemakkan dan kentang goreng tidak akan menjadi kering .

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg