Resepi Quesadilla dengan Salsa Tomato

20 minit

4 - 5 orang


Pernahkah anda mencuba hidangan Mexico yang dibuat dengan tortilla, berinti keju cair, ayam dan salsa? Nikmati isi enak dan berperisa dengan keju cair dan lipat dengan tortilla segar.

Bahan-bahan A: quesadilla filling
2 sudu besar | Minyak masak |
½ biji | Bawang merah, dicincang |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
200 g | Isi ayam kisar |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan B: salsa
400 g | Puri Tomato |
½ biji | Bawang merah |
2 tangkai | Daun Ketumbar |
1 sudu besar | Jus limau nipis |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa |
Bahan-bahan C:
5 keping | Tortilla |
50 g | Bayam muda |
5 sudu besar | Keju Mozzarella, diparut |

- Panaskan minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga garing.
- Masukkan ayam kisar dan goreng sehingga separuh masak.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Hitam Berperisa. Masak sehingga air kering. Ketepikan.
- Kisar semua bahan-bahan (B).
- Panaskan bahan kisar sehingga mendidih. Ketepikan.
- Letakkan sedikit salsa, isi ayam, bayam dan keju mozzarella di atas tortilla dan lipat jadi separuh.
- Grilkan di atas kuali leper sehingga roti garing. Sedia untuk dihidang dengan salsa.


