Soto Ayam
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Soto Ayam adalah hidangan sup ayam penuh rempah yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Brunei dan sering dimakan sebagai hidangan utama atau makanan ringan. Hidangan ini selalunya disajikan bersama begedil atau nasi impit.
Resepi Soto Ayam diperisakan dengan herba dan rempah ratus yang meriah, seperti halia, kunyit hidup, jintan manis, cengkih, dan lain-lain. Soto Ayam selalunya dihidangkan dengan sambal kicap untuk menambahkan rasa pedas.
Soto Ayam
Bahan-bahan
1 ekor | Ayam (dipotong 4) |
1 liter | Air |
Secukupnya | Minyak |
BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):
5 ulas | Bawang Merah |
3 ulas | Bawang Putih |
3 inci | Halia |
1 inci | Kunyit Hidup |
BAHAN-BAHAN DITUMIS (B):
3 batang | Serai (diketuk) |
1 sudu kecil | Serbuk Jintan Manis |
1 sudu kecil | Serbuk Jintan Putih |
Sedikit | Cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis dan Pelaga |
BAHAN-BAHAN (C):
2 ½ sudu besar | 2 ½ sudu besar |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
BAHAN-BAHAN IRINGAN:
Secukupnya | Isi Ayam (dicarik) |
Secukupnya | Taugeh (dicelur) |
Secukupnya | Daun Sup (dihiris) |
Secukupnya | Daun Bawang (dihiris) |
Secukupnya | Bawang Goreng |
Secukupnya | Suhun Goreng (tanpa cuci, terus goreng) |
Secukupnya | Kacang goreng |
SAMBAL CILI
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar | Kicap Cair |
½ sudu kecil | Cuka |
½ sudu besar | Gula |
Secukupnya | Garam |
Secukupnya | Air |
BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):
10 biji | Cili Padi |
1 biji | Bawang Besar |
2 ulas | Bawang Putih |
Cara Menyediakan
- Didihkan air dan masukkan ayam. Tinggalkan sup ayam.
- Masak sehingga mendidih, keluarkan ayam dan dicarik halus untuk dijadikan bahan iringan.
- Tumiskan bahan A dan B, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam sehingga wangi.
- Masukkan sup ayam.
- Masak semua sehingga mendidih dan tambahkan bahan-bahan iringan mengikut citarasa.
- Sedia dihidang.
Sambal Kicap Soto
Bahan-bahan
4 sudu besar | Kicap Cair |
½ sudu kecil | Cuka |
½ sudu besar | Gula |
Secukupnya | Garam |
Secukupnya | Air |
BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):
10 biji | Cili Padi |
1 biji | Bawang Besar |
2 ulas | Bawang Putih |
Cara Menyediakan
- Masukkan air ke dalam bahan A dan masak sekejap.
- Masukkan kicap cair, cuka, gula dan garam.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes