Roti Jala Bersama Kari Ayam

Resepi Roti Jala Lembut Bersama Kari Ayam
recipe-cook-time
6 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Roti jala, roti kirai, atau roti renjis, ialah snek makanan ringan yang sangat popular di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Roti jala yang kelihatan seperti pukat atau jaring menjadikannya hidangan yang unik dan sedap.

Di Malaysia, Roti Jala semestinya lazat dimakan dengan kari ayam, hidangan terbaik untuk minum petang. Resepi Roti Jala lembut ini ringkas dan mudah untuk disediakan.

Roti Jala
Ingredients
Bahan-bahan
1 cawan Tepung gandum
1 cawan Air
½ cawan Santan
2 biji Telur
1 sudu kecil Serbuk kunyit
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu besar Minyak masak
Method
Cara Menyediakan
  1. Kisarkan semua bahan bersama AJI-NO-MOTO® sehingga lumat dan sebati. Tapiskan bancuhan.
  2. Dengan menggunakan acuan roti jala, tuangkan di atas kuali leper membentuk jaring.
  3. Setelah masak, lipatkan satu bahagian ketengah, lipatkan kiri dan kanan untuk membentuk segi empat dan gulung membentuk silinder. Ulang untuk kesemua bancuhan.
  4. Sedia dihidang bersama kari ayam.
Kari Ayam
Ingredients
Bahan-bahan
½ cawan Minyak masak
4 sudu besar Serbuk kari daging
200 g Isi ayam, dipotong kecil
50 g Kentang, dipotong dadu kecil
1 tangkai Daun kari
1 sudu besar Asam jawa, dicampur dengan 2 cawan air
½ cawan Santan
1 sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Tumiskan bahan-bahan (A) dan (B) hingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, kentang, daun kari dan air asam jawa. Biarkan sehingga kentang empuk.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih. Perasakan dengan Perencah Pati Ayam TUMIX®, garam dan gula.
Bahan-bahan A: dikisar halus
Ingredients
Bahan-bahan
1 ½ biji Bawang besar
1 ulas Bawang putih
2 inci Halia
Bahan-bahan B
Ingredients
Bahan-bahan
1 batang Kulit kayu manis
1 kuntum Bunga lawang
2 biji Buah pelaga
3 biji Cengkih
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg