Salad Sardin Portugis

Salad Sardin Portugis
Description
Keterangan Resipi

Resepi Salad Sardin Portugis ini mudah dan ringkas untuk disediakan, memberi kelainan untuk anda yang sedang berdiet. Ia juga lebih mengenyangkan!

Ingredients
Bahan-bahan
2 cawan Air
1 cawan Kuinoa
1 sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®
3 biji Bawang merah kecil, dipotong dadu
4 sudu besar Cuka beras
Sedikit Parsli, dicincang
½ cawan Minyak zaitun
Sedikit Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, secukup rasa
2 sudu kecil Garam
Sedikit Daun salad, dipotong kecil
1 biji Tomato, dihiris
1 can Sardin, dalam minyak cili
7 biji Zaitun hitam, dihiris
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air, kuinoa dan Perencah Pati Ayam TUMIX® atas api sederhana. Kemudian biarkan campuran kuah direneh atas api yang rendah.
  2. Reneh selama lebih kurang 10 – 12 minit, sehingga semua air diserap dan kuinoa menjadi gebu. Ketepikan dan biarkan sejuk.
  3. Gaulkan bawang merah kecil, cuka, parsli, minyak zaitun, Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® dan garam hingga sebati.
  4. Semak kepekatan dan perisa kuah.
  5. Tambah sedikit air atau cuka jika kuah terlalu pekat.
  6. Gaul-gaulkan daun salad dan tomato dengan kuah salad.
  7. Buangkan tulang sardin dan hancurkan isi sardin, masukkan dalam salad bersama dengan zaitun hitam.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Black Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg