Sambal Hijau (Sambal Padang)

Resepi Sambal Hijau atau Sambal Ijo (Sambal Padang)
recipe-cook-time
5 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Sambal Padang adalah Sambal Cili Hijau berasal dari Indonesia yang akan memikat selera anda. Ia adalah antara cara terbaik untuk menambahkan bahan perasa pedas pada apa-apa hidangan harian anda.

Cara buat Sambal Hijau pula amatlah mudah dan cepat dimasak menggunakan bahan yang ringkas. Resepi Sambal Hijau daripada Ajinomoto Malaysia ini sangat sedap dimakan bersama nasi panas dengan menu ringkas seperti ayam goreng dan ikan goreng.

Ingredients
Bahan-bahan
Secukupnya Minyak

Bahan-bahan A: (dikukus)

20 – 25 biji Cili Hijau, dihiris
10 biji Cili Padi Hijau, dihiris
4 biji Bawang Merah
2 ulas Bawang Putih
2 biji Tomato Hijau, dipotong empat

Bahan-bahan B: (untuk perasa)

½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Garam
½ sudu kecil Gula
½ sudu kecil Jus Limau Nipis
Method
Cara Menyediakan
  1. Kukus bahan-bahan (A) selama 5 minit, kemudian tumbuk secara kasar.
  2. Panaskan minyak dan tumis sehingga harum.
  3. Perasakan dengan (B) dan biarkan masak seketika.
  4. Sajikan bersama nasi dan lauk-pauk.

 

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg