Sandwic Sushi


6 orang

9 keping | Roti putih |
6 helai | Daun salad, dibuang bahagian keras |
½ biji | Timun Jepun, dipotong panjang |
½ biji | Lobak merah, dipotong panjang |
Bahan-bahan A: inti tuna
60 g | Ikan tuna di dalam tin, dicincang |
1 biji | Bawang merah, dicincang |
2 sudu besar | Mayonis |
¾ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
Bahan-bahan B: inti isi ketam
6 keping | Filamen ketam, dicincang |
2 sudu besar | Mayonis |
½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
Bahan-bahan C: inti ayam
60 g | Ayam cincang, direbus |
1 sudu besar | Mayonis |
½ sudu besar | Sos cili |
¾ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |

- Campurkan semua bahan untuk setiap jenis inti di dalam mangkuk berasingan. Gaul sehingga rata.
- Potongkan bahagian tepi roti dan ratakan roti dengan pencanai doh.
- Ratakan sedikit inti pada roti.
- Letakkan daun salad di atas inti.
- Tambahkan lobak merah dan timun.
- Gulungkan kemas dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
- Potong kepada 3 dan sedia untuk dihidang.


