Resepi Sayur Campur Berkuah Masam Manis

Sayur Campur Berkuah Masam Manis
recipe-cook-time
6 pax
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Kehabisan idea untuk menyediakan hidangan sayuran? Cubalah Resepi Sayur Berkuah Masam Manis yang disediakan dengan Penambah perasa AJI-NO-MOTO®

Ingredients
Bahan-bahan
2 sudu besar Minyak masak
1 Bawang besar, dihiris
4 ulas Bawang putih, dihiris
15 ekor Udang, dibuang kulit
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
2 sudu kecil Gula
2 sudu besar Sos tomato
2 sudu kecil Sos ikan
1 sudu kecil Jus lemon
150 g Lobak merah, dipotong kecil
150 g Brokoli, dipotong kecil
150 g Sayur Asparagus, dipotong 1 inci
1 ½ cawan Air
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur bersama 2 sudu besar air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak, tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  2. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.
  3. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO®,garam dan gula. Tambahkan sos tomato, sos ikan dan jus lemon.
  4. Masukkan lobak merah, tumis sehingga separuh masak.
  5. Masukkan brokoli dan sayur asparagus.
  6. Tambahkan air dan gaul sebati. Didihkan sehingga sayur masak.
  7. Pekatkan dengan campuran tepung jagung.
  8. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg