Sayur Campur Berkuah (SCK)

Sayur Campur Berkuah (SCK)
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Kepelbagaian sayur-sayuran di dalam Resepi Sayur Campur Berkuah ini pasti akan membuatkan hidangan anda lebih menarik dan cepat untuk disediakan.

Ingredients
Bahan-bahan
3 sudu besar Minyak masak
3 biji Bawang merah, dihiris
3 ulas Bawang putih, dihiris
200 g Isi udang, dibersihkan
2 cawan Air
1 sudu kecil AJI-NO-MOTO®
2 sudu kecil Sos tiram
1 sudu kecil Garam, atau secukupnya
150 g Bunga kobis
100 g Lobak merah, dipotong nipis
50 g Jagung muda
150 g Brokoli
50 g Kacang pea
1 sudu besar Tepung jagung, dikacau bersama 2 sudu besar air
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak masak.
  2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih.
  3. Masukkan isi udang dan kacau goreng sebentar.
  4. Tuangkan air dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, sos tiram dan garam.
  5. Masukkan bunga kobis, lobak merah dan jagung muda. Didihkan.
  6. Masukkan brokoli dan kacang pea dan kacau sehingga mendidih.
  7. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau sehingga pekat.
  8. Setelah sayur campur masak, sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg