Resepi Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng (SCK Pedas)
6 orang
Tonton Video Memasak
Keterangan Resipi
Resepi Sayur Campur Pedas bersama Tauhu Goreng yang mudah, lazat dan ditambah pula penambah perasa AJI-NO-MOTO. Cukup sedap dan senang disediakan!
Bahan-bahan
1 cawan | Minyak masak |
1 biji | Tauhu telur, dipotong |
3 biji | Bawang merah, dihiris |
3 ulas | Bawang putih, dihiris |
1 sudu besar | Cili boh |
2 biji | Cili padi, dititik |
200 g | Isi ayam, dihiris nipis |
2 cawan | Air |
½ sudu kecil | Jus limau nipis |
1 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1 ½ sudu kecil | Garam, atau secukupnya |
60 g | Lobak merah, dipotong memanjang |
50 g | Jagung muda |
200 g | Kobis cina |
150 g | Sawi |
1 sudu besar | Tepung jagung, dicampur dengan 2 sudu besar air |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak masak.
- Gorengkan tauhu telur sehingga kuning keemasan. Ketepikan.
- Tinggalkan 3 sudu besar minyak masak di dalam kuali, tumiskan bawang merah, bawang putih, cili boh dan cili padi.
- Masukkan isi ayam dan goreng sehingga masak.
- Tuangkan air dan jus limau, biarkan mendidih. Perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Masukkan lobak merah dan jagung muda dan biarkan ia lembut.
- Masukkan kobis cina dan sawi dan biarkannya mendidih seketika.
- Tuangkan campuran tepung jagung dan air dan kacau sehingga ianya pekat.
- Masukkan tauhu telur goreng dan sedia untuk dihidang
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes