Serawa Durian

Serawa Durian
Description
Keterangan Resipi

Serawa Durian adalah hidangan yang sangat lazim di Johor dan boleh dimakan begitu sahaja atau bersama Pulut, Roti Jala dan sebagainya. Penggunaan Gula Perang dan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®membangkitkan lagi aroma rasa Durian.

Ingredients
Bahan-bahan
50 g Sago hijau
50 g Sago merah
9 helai Daun pandan
80 ml Santan pekat, digaul dengan 450 ml air
600 g Durian masak dengan biji (biji kecil, isi banyak)
90 g Gula perang
450 ml Santan pekat
A pinch Garam
6 sachets Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®
Method
Cara Menyediakan
  1. Didihkan sago merah dengan 3 helai daun pandan hingga masak. Toskan dan letak di dalam air sejuk. Ulangi langkah yang sama bagi sago hijau. Ketepikan.
  2. Dalam periuk besar, didihkan santan cair, 3 helai daun pandan dan durian di atas api sederhana dan kacau sentiasa. Masak hingga isi durian menjadi lembut dan pisah dari bijinya.
  3. Masukkan gula perang, santan pekat dan garam
  4. Masak hingga ia mula mereneh. Toskan sago dan masukkannya ke dalam periuk. Kacau sekata. Padam api dan taburkan Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®, kacau sebati.
  5. Manisan yang berwarna-warni ini boleh dihidang begitu sahaja ataupun dengan nasi pulut, roti jala dan sebagainya.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
Pal Sweet® Recipes
Pal Sweet® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg