Ikan Siakap Stim Ala Thai

Resepi Ikan Siakap Masak Stim Ala Thai
recipe-cook-time
6 orang
Play Video Tonton Video Memasak
Description
Keterangan Resipi

Jika anda ingin menikmati makan malam makanan laut yang lazat dan sihat, boleh cuba resepi Ikan Siakap Stim Ala Thai ini. Ikan Siakap yang dikukus bersama dengan serai, daun limau purut, halia, dan sos campuran memberikan rasa wangi yang luar biasa.

Resepi Ikan Siakap ini senang disediakan dan menarik untuk dihidangkan. kan siakap masak stim ini adalah hidangan yang sihat dan boleh disediakan dalam masa yang cepat.

Ingredients
Bahan-bahan
1 ekor Ikan siakap
2 batang Serai, dititik
2 helai Daun limau purut
2 inci Halia, dihiris
5 g Daun ketumbar
1 biji Limau nipis, dihiris

Bahan-bahan A: Sos

10 ulas Bawang putih, dicincang
5 biji Cili padi, dihiris
½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
½ cawan Jus limau nipis
1 ½ sudu besar Sos ikan
2 sudu kecil Gula
½ sudu kecil Garam
Method
Cara Menyediakan
  1. Satukan kesemua bahan sos (A) bersama AJI-NO-MOTO®.
  2. Sediakan ikan. Letakkan serai dan daun limau purut di bawah ikan.
  3.  Letakkan hirisan halia di atas ikan dan tuangkan campuran sos (A) ke atas ikan dan kukus selama 15-20 minit.
  4. Keluarkan dan hiaskan dengan limau nipis dan daun ketumbar.
  5. Sedia untuk dihidang.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg