Singgang Udang

Singgang Udang
30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Singgang Udang ialah hidangan tradisional Melayu di mana udang dimasak bersama sup asam. Ia memberikan rasa segar dan unik. Terdapat varian lain resipi ini di mana daging lembu atau ikan digunakan sebaliknya. Ia adalah hidangan yang cepat, ringkas dan sihat.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
73.4 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
5.5 g
Protein
Protein
7.5 g
Fat
Fat
2.4 g
Sodium
Sodium
566.9 mg
Ingredients
Bahan-bahan
Sedikit Minyak masak
1 biji Bawang Holland, dihiris
2 ulas Bawang putih, dihiris
2 inci Halia, dihiris
1 batang Serai, diketuk
3 cawan Air
2 sudu kecil Serbuk kunyit
6 biji Cili padi, diketuk
1 keping Asam keping
1/4 cawan Jus asam jawa
2 helai Daun limau purut
20 ketul Udang saiz sederhana
1¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¾ sudu kecil Garam
1 helai Daun kunyit, dihiris (hiasan)
Method
Cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak, tumis bawang, bawang putih, halia dan serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan air, serbuk kunyit, cili padi, asam keping, asam jawa dan daun limau purut. Biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan udang dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO® dan garam.
  4. Hiaskan dengan daun kunyit, sedia untuk dihidang. 
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 18% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg