Soto Ayam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes TUMIX® Chicken Stock Recipes
Ajinomoto Malaysia
5 Hidangan
Keterangan Resipi

Soto Ayam adalah hidangan yang sesuai untuk dimakan pada semua waktu. Resepi Soto Ayam yang mudah ini sangat berbaloi untuk dicuba.

Sila Buat Pilihan
Hidangan
Soto Ayam
Bahan-bahan
Bahan-bahan
1 ekor Ayam (dipotong 4)
1 liter Air
Secukupnya Minyak

BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):

5 ulas Bawang Merah
3 ulas Bawang Putih
3 inci Halia
1 inci Kunyit Hidup

BAHAN-BAHAN DITUMIS (B):

3 batang Serai (diketuk)
1 sudu kecil Serbuk Jintan Manis
1 sudu kecil Serbuk Jintan Putih
Sedikit Cengkih, Bunga Lawang, Kayu Manis dan Pelaga

BAHAN-BAHAN (C):

2 ½ sudu besar 2 ½ sudu besar
½ sudu kecil AJI-SHIO® Lada Berperisa

BAHAN-BAHAN IRINGAN:

Secukupnya Isi Ayam (dicarik)
Secukupnya Taugeh (dicelur)
Secukupnya Daun Sup (dihiris)
Secukupnya Daun Bawang (dihiris)
Secukupnya Bawang Goreng
Secukupnya Suhun Goreng (tanpa cuci, terus goreng)
Secukupnya Kacang goreng

SAMBAL CILI

BAHAN-BAHAN:

4 sudu besar Kicap Cair
½ sudu kecil Cuka
½ sudu besar Gula
Secukupnya Garam
Secukupnya Air

BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):

10 biji Cili Padi
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
Cara Menyediakan
  1. Didihkan air dan masukkan ayam. Tinggalkan sup ayam.
  2. Masak sehingga mendidih, keluarkan ayam dan dicarik halus untuk dijadikan bahan iringan.
  3. Tumiskan bahan A dan B, AJI-SHIO® Lada Berperisa dan TUMIX® Perencah Pati Ayam sehingga wangi.
  4. Masukkan sup ayam.
  5. Masak semua sehingga mendidih dan tambahkan bahan-bahan iringan mengikut citarasa.
    Sedia dihidang.
Bahan-bahan
4 sudu besar Kicap Cair
½ sudu kecil Cuka
½ sudu besar Gula
Secukupnya Garam
Secukupnya Air

BAHAN-BAHAN DIKISAR (A):

10 biji Cili Padi
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang Putih
Cara Menyediakan
  1. Masukkan air ke dalam bahan A dan masak sekejap.
  2. Masukkan kicap cair, cuka, gula dan garam.
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner_footer.jpg