Stew Ayam bersama Telur Rebus

Resepi Stew Ayam bersama Telur Rebus Sedap dan Pekat
30 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Stew Ayam bersama Telur Rebus merupakan hidangan yang bernutrisi dan enak yang disukai oleh ramai orang di Malaysia. Hidangan ini sering disajikan sebagai hidangan utama untuk makan tengahari atau malam yang kenyang dan menyelerakan.

Resepi Stew Ayam bersama Telur Rebus daripada Ajinomoto Malaysia menggunakan potongan ayam yang dimasak di dalam kuah berperisa dengan pelbagai herba dan rempah. Ini adalah hidangan rendah kalori yang terbaik disajikan dengan nasi.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
190.0 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
3.0 g
Protein
Protein
21.0 g
Fat
Fat
11.0 g
Sodium
Sodium
322.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan
5 biji Telur rebus
300 g Ayam, potong kecil
¼ sudu kecil Serbuk lada sulah
¾ sudu kecil Perencah Pati Ayam TUMIX®
1 sudu besar Minyak masak
150 ml Air
½ sudu besar Kicap pekat
1 ½ sudu kecil Tepung jagung, campur dengan 1 sudu besar air
½ sudu kecil Minyak bijan

Bahan-bahan A: bahan tumisan

½ saiz ibu jari Halia
1 -2 ulas Bawang putih, cincang
1 kecil Kulit kayu manis
1 kecil Bunga lawang
2 biji Cengkih

Bahan-bahan B: bahan perasa

½ sudu kecil Kicap pekat
¾ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
¾ sudu kecil Gula
¼ sudu kecil Serbuk 5 rempah (5 spice)
Method
Cara Menyediakan
  1. Rebus telur, kupas kulitnya dan ketepikan.
  2. Perap ayam dengan Perencah Pati Ayam TUMIX® dan serbuk lada sulah.
  3. Panaskan minyak, tumis bahan- bahan (A). Masukkan ayam, kacau dengan api sederhana sehingga hampir masak.
  4. Masukkan air dan bahan perasa (B), didihkan.
  5. Masukkan telur rebus, reneh bersama ayam selama 15 minit.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan minyak bijan.
  7. Hidang panas bersama nasi putih.
  8. Memasukkan minyak bijan di akhir proses dapat menghasilkan rasa yang terbaik.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 14% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg