Sup Kaki Ayam

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi

To watch the cooking video, please click

Sup Kaki Ayam

Cadangan hidangan: 4-5 orang

Bahan-bahan:
2 sudu besar | Minyak masak |
1 batang | Kulit kayu manis |
2 biji | Bunga lawang |
3 biji | Buah pelaga |
2 sudu kecil | Rempah sup |
600 g | Kaki ayam |
1.5 liter | Air |
2 ½ sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
3 sudu kecil | Garam |
1 sudu kecil | Sos ikan |
1 sudu kecil | Gula |
2 helai | Daun limau purut |
2 biji | Kentang, dipotong |
1 biji | Lobak merah, dipotong |
3 biji | Cili padi, ditumbuk (Pilihan) |
2 sudu kecil | Jus limau nipis |
1 batang | Daun ketumbar |
Bahan-bahan (A): ditumbuk
1 batang | Batang daun ketumbar |
5 biji | Bawang merah |
3 ulas | Bawang putih |
1 inci | Halia |

1.
Panaskan minyak masak, tumis bahan-bahan (A) sehingga wangi.
2.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan rempah sup.
3.
Masukkan kaki ayam, air, AJI-SHIO® Lada Berperisa, garam, sos ikan, gula dan daun limau purut.
4.
Didihkan selama 20 minit dengan api sederhana atau sehingga kaki ayam separuh lembut.
5.
Masukkan kentang, lobak merah dan cili padi, didihkan selama 20 minit.
6.
Tutup api dan masukkan jus limau nipis, gaul sebati.
7.
Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang.
Disqus comment