Sup Labu Berkrim

Sup Labu Berkrim
45 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Sup berkrim dan lazat ini dibuat daripada gabungan seimbang puri labu dan tenusu berkrim. Hidangan dengan kaedah penyediaan yang mudah iaitu merebus, mengisar dan menghidang menjadikan sup ini antara hidangan sup yang paling mudah disediakan.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
230.5 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
26.0 g
Protein
Protein
3.3 g
Fat
Fat
12.6 g
Sodium
Sodium
710.8 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

400 g Labu kuning, dipotong kiub
1/2 biji Bawang holland, dipotong kiub
8 ulas Bawang putih, diketuk
2 helai Daun salam
1 liter Air
3 sudu besar Krim masakan
21/4 sudu kecil AJI-NO-MOTO
1 sudu kecil Garam

 

Bahan-bahan B: roux

70 g Mentega
70 g Tepung gandum

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Cairkan mentega di atas api sederhana, setelah cair, masukkan tepung dan di kacau rata. Masak sehingga tepung dan mentega sebati sepenuhnya, ketepikan.
  2. Dalam periuk sup, satukan labu, bawang besar, bawang putih, daun salam dan air. Biarkan mendidih sehingga labu empuk.
  3. Keluarkan daun salam, pindahkan sup ke dalam pengisar atau pemproses makanan, kisar sehingga hancur.
  4. Masukkan semula sup ke dalam periuk, biarkan ia mendidih dan masukkan roux ke dalam sup sedikit demi sedikit sehingga ia larut dan menjadi sup yang pekat.
  5. Masukkan krim dan perasakan. Sedia untuk dihidangkan.

*Tip: Hidangkan bersama crouton atau roti bawang putih untuk kenikmatan penuh rasa.

Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg