Sup Masam Pedas

Sup Masam Pedas
40 minit
recipe-cook-time
5 Hidangan
Description
Keterangan Resipi

Hidangan sup masam pedas ini adalah hidangan yang terkenal dalam masakan Cina Sichuan. Kuah sup yang pekat dan diisi dengan rasa savouri, pedas dan masam. Campuran cuka, lada putih dan minyak bijan menjadikan sup ini kombinasi yang membuat ketagihan.

Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
Calories
177.6 kcal
Carbohydrate
Carbohydrate
14.1 g
Protein
Protein
13.8 g
Fat
Fat
7.7 g
Sodium
Sodium
673.0 mg
Ingredients
Bahan-bahan

Bahan-bahan A:

8 biji Cendawan shitake kering
4 biji Cendawan hitam kering
4 keping Bunga lili kering
6 cawan Air, daripada bahan-bahan kering yang direndam

 

Bahan-bahan B: untuk sup

2 sudu kecil Halia kisar
2 sudu kecil Bawang putih kisar
1 biji Bawang merah, dikisar
1 ½ sudu kecil Kepingan cili kering
120 g Dada ayam, dipotong dadu
1 sudu kecil Kicap pekat
1 kotak Tauhu lembut, dipotong dadu
2 ¼tsp AJI-NO-MOTO®
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Lada putih
3 sudu besar Cuka hitam
1 sudu besar Tepung jagung, dicampur dengan sedikit air
2 biji Telur, dipukul
1 sudu kecil Minyak bijan
Sedikit Hirisan daun bawang

 

Method
Cara Menyediakan
  1. Bilas cendawan shitake, cendawan hitam dan bunga lili dengan air sejuk dan rendam selama 30 minit dalam air suam. Tos dan hiris, simpan air stok.
  2. Satukan bahan-bahan kisar bersama air stok, kepingan cili kering, dada ayam, bahan-bahan hirisan (A) dan kicap pekat. Biarkan ia mendidih.
  3. Masukkan tauhu lembut dan perasakan dengan AJI-NO-MOTO®, garam, lada putih dan cuka hitam.
  4. Pekatkan sup dengan tepung jagung dan biarkan mendidih.
  5. Kacau sup sekali sekala sambil masukkan telur perlahan-lahan.
  6. Tuangkan minyak bijan di atas dan hiaskan dengan daun bawang. Sedia untuk dihidangkan.
Method
Tips

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 21% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.

Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg