Sup Minestrone
45 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Minestrone ialah sup sayur-sayuran yang enak dengan asal-usul Itali. Sering dimasak dengan pasta atau nasi. Ia bukan sahaja padat dengan hidangan rasa yang lazat, tetapi juga menu lengkap dalam satu hidangan.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
186.2 kcal
Carbohydrate
21.5 g
Protein
7.8 g
Fat
8.0 g
Sodium
953.0 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
2 sudu besar | Minyak zaitun |
1 biji | Bawang holland, dicincang |
60 g | Lobak merah, dipotong dadu |
60 g | Batang saderi, dipotong dadu |
60 g | Makaroni siku |
23/4 sudu kecil | AJI-NO-MOTO |
11/4 sudu kecil | Garam |
1/4 cawan | Keju parmesan, diparut |
Bahan-bahan B:
3 cawan | Air |
2 biji | Tomato, dipotong dadu |
60 g | Kentang, dipotong dadu |
60 g | Zucchini, dipotong dadu |
1/2 cawan | Puri tomato |
4 ulas | Bawang putih, dicincang |
1 sudu kecil | Herba thyme |
1 sudu kecil | Herba oregano |
2 helai | Daun salam |
1 sudu kecil | Lada hitam kisar |
Cara Menyediakan
- Panaskan minyak zaitun, tumis bawang, lobak merah dan saderi selama 3 hingga 4 minit.
- Masukkan ke semua bahan (B), biarkan masak sehingga mendidih.
- Kecilkan api, tutup dengan penutup dan reneh sehingga sayur-sayuran lembut, kira-kira 8-10 minit.
- Masukkan macaroni dan reneh selama 8-10 minit lagi atau sehingga pasta lembut.
- Masukkan AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Sendukkan ke dalam mangkuk dan taburkan keju parmesan.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 19% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes