Sup Sawi dan Rumpai Laut

30 minit

5 Hidangan

Sup Sawi dan Rumpai Laut merupakan sup yang sering disajikan sebagai hidangan pembuka atau lauk tambahan. Ia juga dipercayai mempunyai beberapa manfaat kesihatan, termasuk membantu dalam pencernaan dan meningkatkan sistem imun.
Resepi Sup Sayur Sawi ini adalah hidangan yang dapat disediakan dalam masa yang cepat. Sup ini penuh dengan nutrien dan mempunyai kandungan sodium yang rendah.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
34.0 kcal

Carbohydrate
4.0 g

Protein
2.0 g

Fat
10.4 g

Sodium
225.0 mg

180 g | Tulang ayam |
2 biji | Kurma merah, tanpa biji |
2½ biji sederhana | Bawang besar, potong separuh |
1.1 L | Air |
50 g | Sawi, asingkan batang dan daun |
¾ sudu besar | Goji beri |
6 g (4 pcs) | Rumpai laut |
½ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
½ sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
1 biji | Telur |

- Di dalam periuk, masukkan tulang ayam, kurma merah, bawang besar dan air, masak selama 1 jam.
- Keluarkan tulang ayam dan bawang.
- Masukkan batang sawi, goji beri, rumpai laut, AJI-NO-MOTO® dan Perencah Pati Ayam TUMIX® ke dalam periuk.
- Masukkan daun sawi apabila batang sawi sudah lembut. Biarkan didih sehingga daun lembut.
- Masukkan telur, tutup api dan dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 25% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.




