Sup Sirip Ikan Yu Vegetarian

Sup Sirip Ikan Yu Vegetarian
Description
Keterangan Resipi

Selamatkan Ikan Yu. Pernah terbayang bagaimana rasanya sup sirip ikan yu vegetarian? Ia sebenarnya sama sedap dengan sup sirip ikan yu asli apabila anda gaulkan bersama Perencah Pati Ayam TUMIX®, Lada Berperisa AJI-SHIO® dan Pemanis Berkalori Rendah Pal Sweet® untuk menambah rasa semasa memasak..

Ingredients
Bahan-bahan
25 g Sirip ikan yu vegetarian (kering)
70 g Isi ketam (masak)

Bahan-bahan stok:

1.3 litre Air
75 g Isi ayam, dicarik halus
20 g Kekapis kering mini, direndam lembut
3 kuntum Cendawan kering, direndam dan dihiris halus
1 sudu teh Minyak bijan

Bahan-bahan perencah C:

1½ sudu besar Perencah Pati Ayam TUMIX®
½ sudu teh Lada Berperisa AJI-SHIO®
½ sudu teh Garam
Secubit Pemanis Kalori Rendah Pal Sweet®

Thickening Ingredients:

50 g Kanji ubi kentang
15 g Tepung jagung

Digaul dengan 5 – 6 sudu besar air untuk bentuk pes

Sos:

2 – 3 sudu besar Cuka hitam

Hiasan:

Sedikit Tauge, kedua-dua hujung dibuang
Method
Cara Menyediakan
  1. Penyediaan stok: Panaskan 1 sudu teh minyak bijan dalam periuk. Tumis ayam, kekapis dan cendawan seketika. Tuang air dan didihkan. Seterusnya reneh selama 10 minit.
  2. Bilas sirip ikan yu vegetarian dengan air, tos dan ketepikan. Tuangkan air panas dan biarkan sirip ikan yu rendam selama 2 – 3 minit. Angkat dan ketepikan.
  3. Masukkan perencah ke dalam sup. Kacau sebati.
  4. Tambah isi ketam dan sirip ikan yu. Masukkan bahan-bahan pemekat dan kacau hingga sup memekat.
  5. Bubuh beberapa titis minyak bijan lagi. Angkat dan hidang panas dengan hiasan dan sos.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
TUMIX® Chicken Stock Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg