Sup Ubi Bit

Sup Ubi Bit
Description
Keterangan Resipi

Sup Ubi Bit

Ingredients
Bahan-bahan

Hidangan A:

200 g Ubi bit
120 g Kentang
50 g Sayur kubis
30 g Daun saderi
650 ml Air
Sedikit Parsli, dicincang

Hidangan B:

1 sudu besar Minyak masak
100 g Cendawan butang putih, dihiris
80 g Susu segar
½ sudu kecil Perencah Umami AJI-NO-MOTO®
½ sudu kecil Lada Berperisa AJI-SHIO®
Method
Cara Menyediakan
  1. Potong kesemua sayur-sayuran (A) kepada ketulan kecil.
  2. Kukus ubi bit dan kentang selama 20 minit atau sehingga menjadi lembut.
  3. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan sayur kubis dan daun saderi, goreng hingga wangi, keluarkan.
  4. Masukkan ubi bit dan kentang yang telah dikukus, kubis dan daun saderi yang telah digoreng ke dalam pengisar. Kisar bersama air untuk membentuk puri.
  5. Masukkan kepada kuali, masak bersama cendawan butang dan susu.
  6. Perasakan dengan Perencah Umami AJI-NO-MOTO® dan Lada Berperisa AJI-SHIO®, biarkan reneh seketika, kemudian padamkan api.
  7. Tabur parsli dan hidangkan.
Product Used
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-NO-MOTO® Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
AJI-SHIO® Flavoured Pepper Recipes
E-commerce icon
Shop Ajinomoto Product Now!
banner-footer.jpg