Taugeh Goreng Ikan Bilis dan Kucai

20 minit

5 Servings

Sayur Taugeh Goreng Ikan Bilis dan Kucai adalah hidangan yang mudah dan lazat yang popular di Asia Tenggara. Ikan bilis menambah rasa umami kepada hidangan manakala kucai memberikan sentuhan kesegaran.
Resepi Sayur Taugeh Goreng ini adalah menu kegemaran di rumah kerana rasa yang lazat, mudah disediakan dan bahan-bahan juga murah dan mudah didapati. Jadi, apabila anda mencari idea hidangan yang lazat dan sihat, cubalah hidangan ini.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
80.4 kcal

Carbohydrate
3.8 g

Protein
6.4 g

Fat
4.4 g

Sodium
240.9 mg

Bahan-bahan:
1 sudu besar | Minyak masak |
1/2 biji | Bawang merah, dihiris |
2 ulas | Bawang putih, dihiris |
3 sudu besar | Ikan bilis, ditumbuk kasar |
300 g | Taugeh |
40 g | Kucai |
1/2 sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
1/4 sudu kecil | Garam |
2 sudu besar | Air (pilihan) |

- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sehingga kuning keemasan. Asingkan separuh, ketepikan.
- Masukkan taugeh dan kucai, kacau rata.
- Masukkan AJI-NO-MOTO®, garam dan air.
- Masukkan separuh bahan tumisan tadi, kacau rata, kacau sekata.
- Dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 13% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


