Telur Balut Emas

Produk Yang Digunakan Untuk Resipi



Telur Balut Emas

Bahan-bahan:
3 sudu besar | Minyak |
½ (besar) | Bawang, dipotong dadu |
½ inci | Halia, dicincang |
2 biji | Bawang putih, dicincang |
½ sudu besar | Sos tomato |
180 g | Daging dada ayam, dipotong dadu |
1 sudu besar | Perencah Pati Ayam TUMIX® |
½ sudu kecil | Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
Sedikit | Air |
Sedikit | Gula (pilihan) |
1 sudu besar | Serbuk cili |
Secukup rasa | Garam |
1 | Telur rebus keras, dibelah empat |
1 sudu besar | Tepung jagung, dicampurkan dengan sedikit air |
Bahan-bahan: telur dadar nipis
½ sudu kecil | Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO® |
2 | Telur |
1 sudu besar | Air |

1.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga lutsinar.
2.
Masukkan halia, bawang putih dan sos tomato, gaul rata.
3.
Tambah ayam, Perencah Pati Ayam TUMIX®, ½ sudu kecil Lada Hitam Berperisa AJI-SHIO®, air, gula dan serbuk cili. Gaul rata dan perasa dengan garam.
4.
Tutup tudung kuali dan masak selama 5 minit.
5.
Masukkan telur rebus keras dan pekatkan kuah dengan campuran tepung jagung. Ketepikan.
6.
Gabungkan semua ramuan (A) dan pukul rata.
7.
Panaskan kuali leper tak melekat dengan sedikit minyak. Masukkan telur yang telah dipukul untuk membentuk telur dadar nipis.
8.
Tambah inti ayam di bahagian tengah telur dadar dan lipat menjadi bentuk segi empat sama. Hidangkan.
Disqus comment