Udang Masak Lemak

40 minit

5 Hidangan

Udang Masak Lemak adalah hidangan kegemaran rakyat Malaysia yang diperbuat daripada udang, santan, dan rempah ratus. Santan menambahkan sentuhan rasa berlemak dan penuh krim yang enak kepada hidangan.
Resepi Udang Masak Lemak ini adalah menu ringkas namun lazat yang boleh anda masak di rumah pada bila-bila masa. Kuah yang pekat dan berlemak serta rasa udang yang manis pasti menambah selera anda.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan

Calories
136.4 kcal

Carbohydrate
4.4 g

Protein
4.8 g

Fat
11.0 g

Sodium
506.3 mg

Bahan-bahan A:
200 ml | Santan |
250 ml | Air |
1 keping | Asam keping |
12-15 ekor | Udang, saiz sederhana |
1 helai | Daun kunyit, dikoyak kepada 4 bahagian |
1 ¾ sudu kecil | AJI-NO-MOTO® |
3/4 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan B: dikisar
1/2 biji | Bawang besar |
2 ulas | Bawang putih |
1 inci | Kunyit hidup |
4-5 biji | Cili api |
1/4 cawan | Air |

- Masukkan bahan kisar bersama santan, air dan asam keping.
- Masak diatas api sederhana dan kacau selalu.
- Apabila kuah sudah mendidih, masukkan udang, daun kunyit, AJI-NO-MOTO® dan garam.
- Biarkan mendidih sekali lagi dan dihidang panas.

Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 20% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.


