Vindaloo Ayam
40 minit
5 Hidangan
Keterangan Resipi
Vindaloo Ayam adalah masakan India yang berasal dari Goa, yang dipengaruhi oleh masakan Portugis. Resipi asal telah diubahsuai menggantikan wain dengan cuka dan menambah pelbagai rempah untuk mencipta versi yang unik.
Resepi Ayam Vindaloo ini terkenal dengan warna kari merah cerah memberikan kemeriahan rasa pedas dan masam. Ia adalah hidangan yang sesuai untuk digandingkan dengan nasi putih kukus atau roti.
Nilai Nutrisi untuk 1 Hidangan didalam Set Makanan
Calories
257.8 kcal
Carbohydrate
10.7 g
Protein
14.9 g
Fat
17.3 g
Sodium
622.6 mg
Bahan-bahan
Bahan-bahan A:
6 ketul | Ayam potong, termasuk tulang |
1/2 sudu kecil | Serbuk kunyit |
3 biji | Bawang merah, dicincang |
1 biji | Tomato segar, dipurikan |
1 sudu kecil | Gula |
Secukupnya | Minyak masak |
Secukupnya | Daun ketumbar (hiasan) |
Bahan-bahan B: dikisar
1 sudu besar | Serbuk biji ketumbar |
1 susu besar | Serbuk cili |
1/2 sudu kecil | Serbuk kunyit |
1 sudu kecil | Serbuk jintan putih |
10 biji | Lada hitam biji |
1/4 sudu kecil | Serbuk kayu manis |
2 biji | Buah pelaga |
1/2 sudu kecil | Biji sawi |
4 biji | Bunga cengkih |
10 ulas / 25g | Bawang putih |
2 inci / 25g | Halia |
2 ¼ sudu kecil | AJI-NO-MOTO |
1 sudu kecil | Garam |
Bahan-bahan C: rendam dan rebus
20 tangkai | Cili kering gemuk (tidak pedas), buang bijinya |
1 cawan | Air |
3 sudu besar | Cuka |
Cara Menyediakan
- Rendam cili kering di dalam air dan cuka. Biarkan ia mendidih, kemudian ketepikan.
- Dalam pengisar, kisar bahan-bahan (B) dan (C) menjadi pes yang halus.
- Perap ayam bersama kunyit, gula dan pes tadi.
- Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang merah hingga kuning keemasan. Masukkan ayam yang telah diperap, kacau rata.
- Selepas ayam mula mengeluarkan jusnya, masukkan puri tomato dan biarkan ia masak sehingga kuah menjadi pekat.
- Hiaskan dengan daun ketumbar dan sedia untuk dihidang bersama roti atau nasi kukus.
Tips
Dengan penggunaan AJI-NO-MOTO®, ia dapat mengurangkan sekitar 22% natrium disamping itu dapat mengekalkan kelazatan hidangan.
Produk Yang Digunakan Untuk Resipi
AJI-NO-MOTO® Recipes