Wellington Cendawan & Kentang Bersama Sos Shiitake Berkrim

45 minit

4 - 6 Hidangan


Wellington yang rangup keemasan dengan intinya yang lazat. Sesuai untuk dihidangkan bersama sos shiitake berkrim, menjadikannya hidangan yang berperisa yang padu.

1 biji | Kuning telur |
2 sudu besar | Susu segar |
2 sudu besar | Minyak zaitun |
3 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ biji | Bawang kuning, dicincang |
150gm | Cendawan shiitake, dihiris |
100gm | Bayam muda |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |
1 sudu kecil | Garam |
300 g | Kentang russet, direbus dan dilenyekkan |
2 keping | Kulit pastry sejukbeku, dinyahbeku |
Bahan-bahan A: sos berkrim
2 sudu besar | Mentega tanpa garam |
2 ulas | Bawang putih, dicincang |
½ biji | Bawang kuning, dicincang |
50 g | Cendawan shiitake, dicincang |
200 ml | Krim masakan |
50 ml | Air |
½ sudu kecil | Oregano kering |
2 sudu kecil | AJI-SHIO® Lada Berperisa |

- Gaul rata kuning telur bersama susu dan ketepikan (egg-wash). Panaskan ketuhar pada suhu 180˚C.
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang kuning.
- Masukkan cendawan shiitake dan teruskan menggoreng sehingga agak lembut. Masukkan bayam muda dan tumis hingga layu.
- Perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa dan garam. Tutup api dan gaul bersama kentang lenyek.
- Letakkan kepingan pastri dan lapis acuan pembakar roti. Pindahkan adunan kentang ke dalam acuan pembakar roti yang telah dilapis dengan kepingan pastri.
- Sapu lapisan atas dengan egg-wash.
- Bakar dalam ketuhar pada suhu 180˚C selama 30 minit atau sehingga bahagian atas berwarna perang keemasan.
- Untuk menyediakan sos berkrim, cairkan mentega di dalam kuali yang panas, tumis bawang putih dan bawang kuning sehingga naik bau.
- Masukkan cendawan dan masak selama 2 minit. Masukkan krim masakan dan air.
- Reneh selama 5 minit atau sehingga sos pekat. Masukkan oregano kering dan perasakan dengan AJI-SHIO® Lada Berperisa.


